New Page 1


Everybody’s got their problems... Everybody says the same things to you... It’s just a matter how you solve them... And knowing how to change the things you’ve been through..chuet_777@yahoo.com.



New Page 1


USERNAME's diary
[ ABOUT ME]







* 1981!

* 5.3.1981

*PISCES

* KUALA-LUMPUR

* BIASAJE,sempoi

* STUDENT

* chuet_777@yahoo.com




   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Tuesday, April 19, 2005
DIANTARA SUKA DAN DUKA

                       Diantara suka dan duka

Di depan orang yang kamu "cinta", jantungmu
akan berdebar-debar dengan cepat. Di depan orang
yang kamu "suka", kamu akan selalu bahagia.

Di depan orang yang kamu "cinta", musim dingin
serasa musim semi. Tetapi di depan orang yang
kamu "suka" musim dingin sama saja dengan
musim dingin yang indah.

Jika kamu melihat ke dalam mata orang yang kamu
"cinta", maka kamu akan bertemu.Tetapi jika kamu
melihat ke dalam mata orang yang kamu "suka",
maka kamu akan tersenyum.

Di depan orang yang kamu "cinta", kamu tidak
akan dapat mengungkapkan apa yang ada di
benakmu.Tetapi di depan orang yang kamu "suka",
kamu dapat mengungkapkannya.

Di depan orang yang kamu "cinta", kamu
cenderung malu. Tetapi di depan orang yang
kamu "suka", kamu bisa menunjukkan diri kamu
yang sebenarnya.

Orang yang kamu "cinta", biasanya akan muncul
dibenakmu setiap 2 minit. Kamu tidak akan dapat
menatap langsung ke mata orang yang kamu
cintai. Tetapi kamu akan selalu tersenyum jika
menatap mata orang yang kamu suka.

Ketika orang yang kamu cintai sedang menangis,
kamu akan ikut menangis bersamanya.Tetapi jika
orang yang kamu sukai menangis,kamu akan
mengakhirinya dengan kelegaan.

Perasaan dari "cinta" dimulai dari tatapan mata.
Dan perasaan "suka" dimulai dari pendengaran
telinga.

Jadi, jika kamu berhenti menyukai seseorang, yang
harus kamu lakukan adalah menutup telingamu.
Tetapi jika kamu mencuba untuk menutup
matamu, cinta akan berbalik menjadi titisan air
mata dan akan selalu berbekas di hatimu
selamanya...
cuba teliti... Hayati la........fahamila


Posted at 02:14 am by CHUET
Comments (2)  

BACA LEEEEE..........

Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan,lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuatlelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.
-->Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.
-->Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
-->Menghargai -->Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuatlelaki berasa bangga.
-->Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik
menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman,pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??
-->Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik
kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.
-->Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua
dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
 Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
-->Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona. -->-->Baca dan buat penilaian terhadap diri anda sendiri.

Posted at 02:14 am by CHUET
marila tulis komen  

Monday, April 18, 2005
HELLOOO

                                                   YANG TERISTIMEWA

Subject: Perkara yang anda tak perasan atau saja tak berperasaan......

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan
sanggup mati kerana anda

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam
beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi
seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang,
walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah
disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin
anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan
sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi
sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan
memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun,
caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk
memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.

                                                   HANYA Seminit
Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk
menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk
melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa
dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini
adalahpesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya.
Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan
kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi
keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.


Posted at 08:57 pm by CHUET
Comment (1)  

Sunday, April 17, 2005
:::mimpi Chuet dan Zen:::



Luahan Zen untuk Chuet...

Memandangkan chuet tak tau apa2 nak update untuk blog dia nii, jadi aku sebagai kenalan baru chuet nii tolong laa taip untuk sepatah 2 kata.Tak ader apa yang aku nak cakap kat sini just!...haii dan hello jer!...hahaha!...tu ajer lah sepatah 2 kata aku tuu.Hehehe.

Aku tengok blog nii kosong jer!...chuet ko memang pemalas nak update.Ingat laa ko chuet blog ko nii idup kerana ko! dan bukan ko idup untuk blog semata2.Kalau ko tak ader 'buah' nak karang kat blog ko nii, ko anggap lah blog ko nii seorang kawan ko tempat untuk meluahkan masalah.Ingat kita buat blog bukan sekadar untuk menunjuk2. Tapi hanya untuk kepuasan diri sendiri....bukan juga untuk tandingan lawa atau hodoh, yang penting hati mau ikhlas dalam mengarang blog ko nii.

Aku (Zen) dulu pun memang cam ko gak...kosong jer dalam blog aku tuu http//:badaipurba.blogdrive.com.Tak ader apa2...tapi aku ingat blog aku tuu aku nak jadikan tempat aku luah apa yang terpendam dalam diri aku nii.Untuk aku menceritakan pengalaman idup aku.Jalan yang aku lalui tak sama cam korang diluar sana tuu...jalan aku penuh berduri lagi berliku...aku tahu kita punyai jalan idup masing2...So? hargailah setiap detik apa yang korang lalui dalam sehari2.

Kekadang tuh aku fikir hidup nii amat memualkan.Banyak kesilapan yang aku lalui, tapi semua tuu adalah jalan hidup...aku harus terimanya gan seadanya...dan aku percaya yang sejarah tak kan kembali buat kali ke-2.So?...hargailah kehidupan ini, sebelum korang 'pergi' jauh dari sini....

Salam Ceria,
     Zen


Posted at 06:35 am by CHUET
Comment (1)  

Monday, March 21, 2005
:::Sifu Pertama Blog Aku:::



Hai....ni adelah sahabat baik aku.....dan juge orang yang mengajar cam mana nak buat blog ni.Terima kasih diucapkan.Jasa sahabat yang mengajar aku nyer blog nii, tak dapat aku nak balas gan kata2.Tak per di lain hari aku nak belanja dia makan satay kajang.Ok tak???...korang pun bole turut serta, tapi bayar sendiri laa!!!...hehehe.Diharapkan semoga perkenalan ini berkekalan selamanya.........

Posted at 01:29 am by CHUET
Comment (1)  

Monday, March 14, 2005
Assalamualaikum...ni gambar aku masa kat terengganu..tapi aku bukannya org terengganu..ni masa aku bercuti kat sana je.ehhehe..



Selamat datang ke Web Blog Sheikh...!!!

Jumpa lagi...

Posted at 08:23 pm by CHUET
Comments (3)